CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 8 September 2011

Teknik Menjaga Brek Kereta

Periksa brek kereta 




PEMERIKSAAN dan penjagaan sistem brek kenderaan antara rutin penting yang perlu dilakukan pemilik kereta bagi mengelak sebarang kecelakaan. Kali ini Pemotoran Sinar Harian berkongsi panduan memeriksa brek kereta. 

Sebulan sekali periksa paras minyak brek kereta anda. Pastikan berada pada paras antara minimum dan maksimum sekiranya di bawah paras minimum elakkan memandu kenderaan anda. 

Setiap enam bulan ketika hendak menukar tayar kereta periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekiranya mendapati pelapik brek sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek. Kemungkinan tekanan dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini bahaya kepada pemanduan, terutama ketika membrek dalam kelajuan tinggi. Perkara sama perlu dilakukan kepada brek dram. 

Sekiranya suka memandu laju dan agresif, tukar pelapik brek kereta kepada yang tahan panas. Pastikan menukar sistem saluran minyak brek anda kepada saluran lebih baik. Ini untuk memastikan sistem brek kereta berfungsi dalam tekanan tinggi, suhu tinggi dan tindak balas lebih cepat apabila pemijak ditekan. 

Sekiranya terdapat kesan calar pada cakera dram, minta mekanik menilai sama ia sesuai lagi atau tidak. Jika hendak menukar pelapik brek dicadangkan asah kembali cakera atau tukar dram kepada yang lebih baik. Kesan calar boleh menjadi penghalang pelapik brek untuk mencengkam cakera atau dram. 

Kerosakan selalu berlaku adalah brek tersekat. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan mencengkam cakera. 

Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek di mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran kecil boleh menjadi besar ketika membrek kerana tekanan dikenakan atasnya. 

Untuk kereta dengan transmisi automatik, pelapik brek hadapan lebih cepat haus berbanding belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya). 

Semasa memandu elakkan kaki sentiasa berada atas pemijak brek. Ini boleh menjimatkan penggunaan pelapik brek. 

Ketika menuruni bukit curam jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.


Sumber : Kosmo

2 ulasan:

  1. lagi 1 bila tengah laju break gegar..itu masalah nya disc bengkok..

    bila break lambat tangkap ada kebocoran di master pam so tengok di bahagian tersebut..

    bila break kena pam ada kebocoran di bahagia paip atau pam break..kerna angin telah masuk kedalam saluran break..dalam sistem break dan klas (yang guna minyak)tidak boleh ada angin di dalam saluran nya.

    boleh tanya saya jika ada masalah yang pasai kereta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro saya bwk proton pesona.sblum tukar tayr xde problem.lps tukar tayar n buat aligmnet blacing ape smua tekan brek kaki gegar bila tgh laju dlm 80km ke atas.so disc break sya bengkok ker?n berapa harge sepasang?

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!