CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 24 September 2011

Kereta Lamborghini RM1.2j Terbakar

Kereta Mewah berharga jutaan ringgit terbakar..???

TERBAKAR...anggota bomba menyiasat kebakaran sebuah Lamborghini 

Seorang lelaki nyaris rentung apabila kereta Lamborghini Gallardo miliknya yang bernilai RM1.2 juta terbakar ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Damansara.


Ketika kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun yang enggan dikenali dalam perjalanan pulang selepas keluar bersiar-siar bagi memanaskan enjin kereta Lamborghini Gallardo itu selepas seminggu ditinggalkan di sekitar kawasan rumah sebelum terhidu asap daripada bahagian enjin kenderaannya. 

Menurut Ketua Operasi, Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas, Shahrul Azizi, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa jam 11.50 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian.


“Mangsa memberitahu terhidu bau asap enjin kereta Lamborghini Gallardo nya 100 meter dari tempat kejadian dan dia memberhentikan kenderaannya di bahu jalan lalu segera keluar sebelum api marak membakar keseluruhan kereta.



“Kebakaran dikawal sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas kira-kira 10 minit dan kereta itu rosak sepenuhnya.

p/s Kereta mewah yang berharga jutaan ringgit pun boleh terbakar..??? Agak-agak apa punca kebakaran ini...??? Adakah berpunca daripada pengunaan petrol R95...????


2 ulasan:

  1. perghhh! keta idamanku musnah.. huhuhu..
    putih mata ^^

    BalasPadam
  2. Cik Diana...sabar2 hehehehe...leh cari keta baru lah yg lebih selamat

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!