CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 21 September 2011

Berita Terkini Mengenai Safee Sali

SELEPAS lebih seminggu menjalani ujian pemilihan bersama Cardiff City, kehadiran Safee Sali ternyata memberikan impak yang cukup positif terhadap skuad bimbingan Malky Mackay itu.
Cardiff City
Apa tidaknya, selain dijadikan pilihan utama untuk diuji berbanding penyerang lain sepanjang sesi latihan, ketajaman penyudah Safee Sali kini dikatakan mula meniti di bibir peminat The Bluebirds.
Apa yang pasti, fenomena yang berjaya dicetuskan Safee Sali di Indonesia ketika mewakili Pelita Jaya sebelum ini juga dijangka 'menjangkiti' peminat fanatik Cardiff City yang begitu terdesak mahukan pembaharuan di bahagian serangan.
Ia turut diakui sendiri oleh pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria Ab. Rahim yang optimis penggempur berbisa Harimau Malaya itu mampu memberikan impak positif kepada Cardiff City sekiranya terpilih.
Menurutnya, ia dapat dilihat apabila peminat tempatan yang menyokong perjuangan Safee Sali selama ini kini mula menunjukkan minat terhadap Cardiff City berbanding kelab-kelab utama England lain yang telah lama popular di Malaysia.
Safee Sali
"Malah, jangan tidak percaya, Safee Sali juga antara ikon Malaysia yang cukup dikenali di Indonesia sebaik menyarung jersi Pelita Jaya sebelum ini.
"Sebelum ini, rakyat Indonesia hanya kenal Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan (watak) Upin Ipin sahaja. Justeru, tidak mustahil Safee Sali juga boleh mencetuskan fenomena yang sama serta mencuri perhatian peminat Cardiff City sekiranya terpilih," katanya.
Selepas menjalani ujian di Cardiff sehingga 27 September ini, Safee dikhabarkan akan kembali semula ke tanah air bagi membantu bekas pasukannya, Selangor dalam aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura empat hari kemudian.
Safee juga masih mendapat kepercayaan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Raja- gobal menentang Australia dalam perlawanan persahabatan pada 10 Oktober depan.
Bagaimanapun, Zakaria tidak mahu Safee Sali hanyut dengan populariti bersifat sementara, sebaliknya menuntut anak kelahiran Kajang, Selangor itu memberikan komitmen yang cukup tinggi semasa sesi latihan.
"Bagi saya, yang paling penting Safee terpilih mewakili Cardiff terlebih dahulu.
"Justeru, saya mahu Safee menutup mulut pengkritik yang menyangka dia diberikan layanan istimewa sepanjang berada di sana, selain membuktikan kredibilitinya sebagai penyerang yang selama ini dinanti-nantikan Cardiff," katanya.

2 ulasan:

  1. tq..belom start lg..resign letter pn x antar lg ni...start keja awal bulan 10...:)
    boleh tak tolong like kat link di bawah..da join contest...mana tau da rezeki bleh menang...hehehe

    http://www.ourbestmoments.com.my/gallery-details/46194

    BalasPadam
  2. Suriani...dapat kerja baru..hehehe semoga suksess

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!