CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Ahad, 28 Ogos 2011

Proton Masuk Pasaran China Dan India






PROTON Holdings Berhad (Proton) mencatatkan keuntungan sebelum cukai kumpulan RM12 juta bagi suku pertama 2011/2012 tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012 berbanding keuntungan RM105 juta yang direkodkan dalam tempoh tahun kewangan lalu.


Bagi tempoh suku dalam kajian, Proton mencatatkan perolehan RM2.23 bilion berbanding RM2.29 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun kewangan sebelumnya yang disebabkan perbelanjaan tinggi untuk membina jenama dan penyusunan kos membabitkan Lotus Group International Limited (LGIL).

Pengerusi Kumpulan Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, Proton ketika ini agresif mentransformasikan LGIL dengan perkembangan terbaru membabitkan perjanjian pengedaran baru di China.



Beliau berkata, meskipun perbelanjaan tinggi digunakan untuk LGIL, perolehan tinggi disumbangkan menerusi peningkatan jualan domestik kenderaan Proton yang meningkat tiga peratus bagi suku semasa berbanding tempoh sama tahun lalu.


 “Proton merancang menembusi pasaran baru dan sedang berkembang seperti di India serta China dengan menawarkan produk yang berkualiti, ketahanan dan memberi pulangan kepada nilai wang,” katanya.


Sumber : METRO

1 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, hafizal

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!