Sejuta Kerja Kosong
Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja / Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Sumber : KOSMO
p/s Kepada penganggur tu..apa lagi, cepat lah rebut peluang yang ditawarkan.....jangan lepaskan peluang keemasan yang ada....
wah,menarik..kner isi SPA nih
BalasPadamMR.B...erm betul tu..tapi kena tunggu pengumuman dari kementrian mcm ner nak mohon jawatan nie
BalasPadamSaya da vote minicontest di 2dayblogger tu.
BalasPadamGood luck yer :)
juanita tq yerk
BalasPadam