CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 6 Julai 2011

Perhatian...!!! Undang-undang Jenayah Siber...???

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Memahami Undang-undang Jenayah Siber.
Memahami Undang-undang Jenayah Siber.

Setiap manusia tidak kira usia, jantina, bangsa dan siapa saja, siapa yang tiada laman web sosial? Seawal usia awal tadika sehingga ke usia emas boleh dikatakan mempunyai akaun laman web sosial.

Selain itu mereka semua tak kira di negara ini, lebih gemar membayar bil dan membeli-belah di alam maya. Mereka tidak perlu bimbang dengan masalah tempat letak kereta, masa kaunter bil dibuka atau mungkin diragut.

Kini semuanya di hujung jari!

Bagaimanapun dunia tanpa sempadan kini sebagai lubuk kepada penjenayah siber bagi pengguna yang leka dan tidak berhati-hati. Walaupun modus operandinya berbeza tetapi kesan yang ditinggalkan masih sama - kerugian dan mungkin trauma.

Jika dulu banyak kes jenayah siber menjurus kepada teknikal dan melibatkan mereka yang pakar dan pengkomputeran seperti virus, botnet dan malware. 


Penjenayah Siber
Tetapi kini jenayah siber di Internet menjurus kepada aktiviti sosial yang melibatkan pelbagai jenis penipuan.

Suatu masa dulu tentu ramai yang pernah menerima emel mengenai pemindahan harta pusaka yang melihatkan berbilion ringgit menyebabkan mangsa kerugian.

Selepas itu kenalan di laman sosial yang kononnya menghantar pelbagai barangan dan wang tunai dan 'tersangkut' di pihak kastam menyebabkan mangsa kerugian ratusan ribu ringgit. Ini merupakan beberapa kes penipuan yang berlaku di alam siber.

Timbalan Presiden Perhubungan Jaringan Komunikasi Cyber Security Malaysia, Mohd. Shamir Hashim berkata, walaupun kes jenayah siber sama seperti jenayah lain tetapi masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa adalah mencari bahan bukti.

"Masalahnya dalam jenayah siber sukar bagi mendapatkan bahan bukti yang nyata seperti jenayah biasa misalnya pembunuh atau perompak"Bukannya tidak ada bukti tetapi mengambil masa untuk mencari bukti-bukti yang kukuh kerana segalanya adalah siber," kata beliau.

Justeru bagi merapatkan jurang antara pengamal undang-undang dan kes-kes jenayah siber, Jabatan Peguam Negara (AGC) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (SCSM) akan menganjurkan seminar bertajuk Merapatkan Jurang: Perundangan dan Teknikal Mengenai Kes Jenayah Siber' bermula esok hingga Khamis ini.

Seminar yang pertama kali dianjurkan di negara ini akan menggabungkan aspek undang-undang dan teknikal bagi jenayah siber. Seminar berkenaan disasarkan bagi membina landasan bagi mengumpulkan pakar undang-undang dan teknikal terutama mereka yang terlibat dalam kes jenayah siber.

"Mereka akan berkongsi maklumat berasaskan pengalaman dan bidang kepakaran," 

Sesinya direka khusus bagi memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan tenaga pakat serta membincangkan kaedah penyelesaian jenayah dan keselamatan siber. Bagi memastikan semua peserta mendapatkan maklumat yang dikehendaki, tempat adalah terhad dan peserta digalakkan membuat pendaftaran.

Antara penceramah ialah :-

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia , Lt. Kol. (B) Datuk Husin Jazri selain pegawai dari Jabatan Peguam Negara, , Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) , Bank Negara Malaysia (BNM), dan beberapa tokoh dari luar negara termasuk Office of Antiterrorism Assistance (ATA).

p/s Kepada mereka yang berminat, boleh lah mendaftarkan diri untuk mengetahui dan berbincang kaedah penyelesaian jenayah dan keselamatan siber.

5 ulasan:

  1. hehe cyber security malaysia hanya mampu sengih je

    BalasPadam
  2. freaky...tu yg kerajaan nak naik taraf sistem sekuriti jalur lebar malaysia.

    BalasPadam
  3. Kebetulan bebaru ni dpt email scam dr Maybank,biasanya bank takkan hantar apa jua maklumat atau pemberitahuan yg berkaitan melalui email...jd waspada lah selalu.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!