CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 21 Julai 2011

Myvi ‘Lagi Best’ raih anugerah

Assalammualaikum..

Perodua Myvi ‘Lagi Best’ raih anugerah


SELEPAS dilancarkan bulan lalu, Perodua Myvi model terbaru dengan slogan ‘Lagi Best’ menerima anugerah pertamanya di majlis anjuran majalah permotoran Asian Auto-Auto Industry Awards, baru-baru ini.


Model terbaru itu memenangi kategori Kereta Kompak Terbaik Pemasangan Tempatan yang turut mengekori langkah Perodua Myvi sebelum ini yang sudah menerima 11 anugerah dalam masa lima tahun. 
ada GPS tuh...!!!

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata pihaknya berbesar hati dengan pengiktirafan itu. 

Anugerah itu disampaikan Pengurus Besar VCA, UK (Cawangan Malaysia) Kazushi Arima kepada Pengurus Besar Jualan Perodua, Muhammad Fateh Teh Abdullah.




Beliau turut memaklumkan Myvi baru menerima tempahan 19,000 sejak dibuka pada 4 Jun lalu.


Pihaknya akan menghantar kira-kira 10,000 unit Perodua MyVi baru itu bulan ini. 


Model terbaru itu tampil dengan bentuk badan meningkatkan tahap aerodinamik, justeru, membolehkan penggunaan bahan bakar lebih cekap. 

Transmisi manual standard model baru Perodua MyVi mempunyai tahap pemanduan lebih jauh iaitu 17.5 kilometer bagi setiap liter petrol berbanding 17.1 kilometer. 

Bagi transmisi automatik pula, 14.6 kilometer bagi setiap liter bahan bakar berbanding 13.5 kilometer bagi model sebelumnya. 

Ia didatangkan dengan enam warna, termasuk warna baru ungu Mystical yang akan diperkenalkan bermula Ogos ini. 

Pilihan warna lain ialah hitam ebony, kelabu medallion, kelabu glittering, putih mutiara dan putih ivory.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!