Assalammualaikum semua....malaysiascore hari ini nak berkongsi satu cerita hangat dan tergempar.....GAMBAR LUCAH DI SURAH YASIN...subhanallah.
GEORGETOWN: Seorang pengawal keselamatan Masjid Negeri di Jalan Air Itam yang berhasrat membaca surah Yasin sebelum solat Asar di masjid itu petang kelmarin, terkejut apabila menemui gambar lucah diselitkan dalam surah Yasin.
Lebih mengejutkan, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, pengawal berusia 30-an itu menemui 11 gambar lucah yang diselitkan dalam 11 naskhah surah Yasin di salah satu rak dalam dewan utama masjid berkenaan.
Imam Besar masjid itu, Yusuff Ahmad berkata, setiap satu surah Yasin yang bukan dicetak pihak masjid itu mengandungi gambar lucah memaparkan pelbagai aksi pasangan warga asing melakukan hubungan seks.
Katanya, surah Yasin berkenaan diletakkan di salah satu rak di pintu masuk utama masjid dan ia berbeza dengan surah Yasin yang dicetak jawatankuasa masjid itu.
“Selepas menemui gambar lucah dalam surah Yasin itu, pengawal keselamatan terbabit memberitahu tok siak masjid sebelum memaklumkan kepada kami.
“Saya percaya ada individu tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini dan saya sedih serta kesal kerana mereka sanggup menghina rumah Allah swt,” katanya.
Yusuff berkata, perbuatan itu sangat memalukan dan lebih membimbangkan kejadian berlaku sehari sebelum kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ke negeri itu semalam.
Beliau berkata, Tuanku Mizan dijadual menunaikan solat Jumaat di masjid itu.
Menurutnya, di kawasan masjid itu tiada kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) dan hanya ada pengawal keselamatan.
“Berikutan kejadian ini, kami membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru, Jalan Air Itam pada jam 5.27 petang hari sama untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya akan melakukan siasatan melalui laporan yang diterima dan menyifatkan perbuatan itu mencemarkan imej masjid dan kesucian agama Islam.
p/s apa motif orang yang melakukan ni dengan meletak gambar lucah pada surah yasin...moga mereka menerima azab siksa dari Allah S.W.T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan