CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 8 Jun 2011

Saringan ketat 35,000 rayuan ke matrikulasi

malaysiascore hari ini membawa berita berkaitan saringan ketat 35,000 rayuan ke matrikulasi



PUTRAJAYA 8 Jun — Kementerian Pelajaran menjalankan saringan ketat berdasarkan merit ke atas 35,000 rayuan bagi kemasukan ke program matrikulasi sesi 2011/2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, angka itu adalah amat besar bagi memenuhi tempat yang terhad selain terlalu ramai pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang.

Beliau berkata, saringan berdasar merit itu selain melihat keputusan peperiksaan SPM, turut mengambil kira aktiviti kokurikulum pelajar dan latar belakang keluarga mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan majlis taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program matrikulasi kementerian itu bagi sesi 2011/2012 kepada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini. - Bernama


p/s semakin susuah hendak masuk ke matrikulasi lah jawabnya.....tapi kita boleh mencari jalan lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!