CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 9 Jun 2011

Keuntungan PETRONAS RM90.49bilion......

malaysiascore mengucapkan selamat pagi semua kepada para bloggers....                            KEUNTUNGAN PETRONAS

Kami di malaysiascore hendak berkongsi cerita berkaitan keuntunggan.......
Sape yang untung....anda ke yang untung ari ni...tapi ari ini malaysiascore hendak menceritakan keuntungan Petronas yang bernilai RM 90,000,000,000.00 UHH....Banyaknya angka kosong tu..pening biji mata....hehehe...Keuntungan Petronas Malaysia


pix_gal0
Keuntungan Petronas meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3b dicatat tahun lalu

PETRONAS meraih keuntungan sebelum cukai RM90.49 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 34.5 peratus daripada RM67.3 bilion yang dicatatkan tahun lalu. 


Semakin meningkat keuntungan Petronas......





Datuk Shamsul Azhar Abbas
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shamsul Azhar Abbas
PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) meneruskan kecemerlangan prestasi membanggakan apabila mencatatkan perolehan RM241.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011, meningkat 14.4 peratus berbanding RM210.8 bilion tahun sebelumnya. Keuntungan Petronas melonjak tahun ini
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, keuntungan Petronas sebelum cukai turut melonjak 34.5 peratus kepada RM90.5 bilion berbanding RM67.3 bilion tahun lalu.

Beliau berkata, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) pula sebanyak RM107.9 bilion meningkat 29.5 peratus berbanding RM83.3 bilion pada tahun kewangan 2009/2010.
“Margin Ebitda melonjak kepada 44.7 peratus walaupun kos meningkat dan kesan negatif yang terhasil daripada pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika.

“Prestasi lebih tinggi bagi semua perniagaan teras kami banyak didorong harga minyak lebih tinggi dan permintaan memberangsangkan,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan Petronas di Kuala Lumpur, semalam.

Dengan keuntungan Petronas, Petronas turut mengumumkan pemberian dividen RM30 bilion kepada kerajaan yang bersamaan dengan 69 peratus keuntungan kasar berjumlah RM97.8 bilion yang dicatatkan syarikat.
“Kami mengkaji untuk menetapkan jumlah dividen yang akan dibayar kepada kerajaan pada kadar 30 peratus daripada keuntungan bersih mulai tahun kewangan 2013. Petronas sudahpun berbincang dengan kerajaan dan mencapai persefahaman mengenai perkara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, syarikat minyak nasional itu memperuntukkan RM300 bilion bagi perbelanjaan modal (Capex) untuk tempoh lima tahun ke arah pengembangan hiliran Petronas.
“Capex bagi lima tahun akan datang lebih tinggi daripada RM250 bilion yang diunjurkan sebelum ini kerana syarikat mengambil kira rancangan penggabungan dan pembelian serta Pembangunan Bersepadu Kilang Penapisan dan Petrokimia (Rapid) membabitkan kos RM60 bilion (AS$20 bilion),” katanya.
Keuntungan Petronas


                                                                                                                                                  

P/S Kerajaan dapat RM 30 bilion tahun nie, hasil daripada keuntungan Petronas.....nampaknya semua pekerja kerajaan boleh bergembira lah mungkin dapat bonus besar tahun ini.


1 ulasan:

  1. haha 30billion tuh dlm 10-20% sahaja pendapatan negara..tak cukup lagi nak bagi bonus :)

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!