CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 21 Jun 2011

Program Wanita l Perkasa Pemandu Wanita

Assalammualikum semua..kepada wanita-wanita yang ingin memahami selok belok berkaitan kereta dan cara memandu kereta bolehlah membaca entri ini.

Kali ini malaysiascore ingin berkongsi satu program bagi memperkasakan pemandu wanita dari segi memandu dan juga penjagaan kereta dalam Program 'Women With Drive'.






Para pemandu wanita, jangan lepaskan peluang yang ada dalam Program 'Women With Drive' yang dianjurkan oleh pihak Goodyear Malaysia.

Program di Malaysia ini dibuat selepas ianya dilancarkan di Australia, China, Indonesia, India dan Filipina, Goodyear Malaysia turut menyajikan program untuk golongan hawa dalam ‘Women with Drive’, baru-baru ini.

Program bertujuan mendidik dan memperkasakan pemandu wanita mengenai selok-belok penjagaan kereta serta keselamatan jalan raya

Bengkel selama lima jam itu turut menunjuk ajar ‘latihan perjuangan untuk hidup’ di Nusajaza Goodyear Autocare Centre di Shah Alam



Memeriksa Punca Kebocoran Tayar

Ia mendedahkan cara penjagaan asas kereta seperti komponen enjin, kedudukan memandu dengan betul, pemanduan berhemah, dan pemeriksaan tayar.





Peserta juga diberi penjelasan aspek teknikal dan berkongsi masalah dalam pengendalian kenderaan.

Penerangan Berkaitan Penjagaan Enjin Kereta.
Pengarah Jualan Goodyear Malaysia, Ivy Peng, berkata wanita perlu mempunyai ilmu mengenai kenderaan terutama ketika di jalan raya. 




“Bengkel ini memberi peluang wanita berkumpul bersama untuk memahami kenderaan mereka secara lebih baik. 

Bengkel secara percuma ini terbuka kepada semua pemandu wanita,” katanya. 
Belajar Cara-cara menggantikan tayar.
Bengkel ‘Women with Drive’ dengan kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dilancarkan di negara ini berikutan maklum balas positif daripada wanita di Australia, China, India, Indonesia dan Filipina. 

Setiap negara memulakan program itu dengan pelbagai aktiviti seperti video penerangan dan memberi buku panduan kepada peserta. 

Selain itu, Goodyear akan menganjurkan dua program lagi pada suku ketiga dan keempat pada tahun ini. 

p/s Program 'Women With Drive' ini adalah percuma yang ditawarkan oleh Syarikat Goodyear Malaysia. Kepada wanita-wanita diluar sana yang berminat Muntuk menyertainya boleh mendaftar atau jika mahu mengetahui lebih lanjut boleh melayari 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!