CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 21 Jun 2011

Jimat Elektrik I Cas Telefon Bimbit Guna Periuk Didih Air

Assalammualaikum semua......
Manusia sering mengkaji sesuatu bagi mencipta sesuatu alat yang dapat digunakan bagi kepentingan diri dan orang ramai. Penciptaan sesuatu alat itu, mungkin disebabkan apabila timbulnya masalah ataupun bila berlakunya masalah dalam hidup seharian manusia tersebut.
SEORANG kakitangan syarikat TES NewEnergy menunjukkan sebuah periuk yang menindih air boleh mengecas sebuah telefon bimbit dalam satu demonstrasi baru-baru ini.
Di Jepun misalnya terdapat sebuah syarikat Jepun memperkenalkan kaedah terbaru mengecas telefon bimbit di luar rumah selepas bencana alam melanda iaitu dengan memanaskan sebuah periuk di atas unggun api.
Periuk terma elektrik tersebut yang dikenali sebagai Hatsuden-Nabe menukar haba air mendidih kepada tenaga elektrik yang kemudian disalurkan ke peralatan seperti telefon pintar, pemain muzik dan sistem pengesan kedudukan global.
Syarikat TES NewEnergy yang beribu pejabat di Osaka, mula menjual periuk itu di Jepun pada harga AS$299 (RM907) bulan ini sebelum ia dipasarkan di negara-negara membangun tidak lama lagi.
Periuk berkenaan dilengkapi bahan seramik termaelektrik yang menghasilkan arus elektrik melalui perbezaan suhu 550 darjah Celsius di dasar periuk dan air mendidih di dalamnya pada suhu 100 darjah Celsius.
Syarikat berkenaan menyatakan, gajet itu mengambil masa tiga hingga lima jam untuk mengecas sebuah iPhone dan para pengguna boleh memasak makanannya pada sama yang sama.
"Saya mendapat idea mencipta periuk ini apabila melihat rakaman televisyen yang memaparkan mangsa-mangsa gempa bumi membuat unggun api untuk memanaskan badan mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif TES NewEnergy, Kazuhiro Fujita.
p/s Hebat bukan....lepas ni nak pergi mengikuti aktiviti mendaki gunung, perkhemahan dan lain-lain, sudah tidak perlu risau dah...kalau bateri telefon habis. Pakai periuk sahaja untuk cas telefon masing-masing.

1 ulasan:

  1. ingatknn boleh guna apa jenis periuk je..tapi rupanya kena ada hatsuden-nabe...huhuhu

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!