malaysiascore dunia blog anda ingin berkongsi cerita berkaitan Portal 1 Pengguna 1 Suara.
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) 1 Pengguna 1 Suara
Sebuah portal yang diberi nama Portal 1 Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) telah dilancarkan oleh kerajaan. Portal khas ini disasarkan khas kepada pengguna untuk berkongsi dan mendapatkan informasi-informasi terkini mengenai isu kepenggunaan dengan konsepnya portal '1 Pengguna 1 Suara'.
Sebuah portal yang diberi nama Portal 1 Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) telah dilancarkan oleh kerajaan. Portal khas ini disasarkan khas kepada pengguna untuk berkongsi dan mendapatkan informasi-informasi terkini mengenai isu kepenggunaan dengan konsepnya portal '1 Pengguna 1 Suara'.
Portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan.
Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa berkaitan harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh Malysia melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
Portal 1 Penguna 1 Suara ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi SMS kepada pengguna seperti berikut:
1. SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
2. SMS Semakan Harga Barangan
3. SMS Langganan Harga
4. SMS Aduan
5. SMS Tuntutan Tribunal
Menariknya, portal 1 Pengguna 1 Suara ini juga turut menyediakan ruangan Soal Jawab bersama Menteri. Pengguna boleh berinteraksi secara Online ketika masa-masa tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan