CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 14 Jun 2011

Pakej Umrah dan Ziarah bulan Syaaban, Ramadan

Assalammualaikum semua...para bloggers

malaysiascore ingin membawa sesuatu berita yang baik kepada semua...iaitu pakej umrah dan ziarah. Bulan puasa pun hampir menjelma tak lama lagi kan...jadi ada baiknya kita memikirkan apa yang perlu di buat pada bulan puasa ini...di sini malaysiascore hendak menceritakan serba sedikit tentang program umrah dan ziarah yang ditawarkan oleh MASholiday.


 
MASholidays, anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines (MAS), akan menawarkan kira-kira 2,400 tempat duduk menerusi pakej Lambaian Kaabah Umrah dan Ziarah pada bulan Julai (sepanjang bulan Syaaban) dan Ogos (Ramadan) pada tahun ini.


Pakej Umrah Dan Ziarah tersebut merangkumi penerbangan pergi balik Kuala Lumpur-Jeddah menggunakan pesawat MAS, penginapan di hotel bertaraf empat atau lima bintang yang berhampiran Masjid Nabawi dan Al-Haram, penyediaan makanan dan bayaran visa.
Pakej Umrah Dan Ziarah ini juga termasuk pakej ziarah ke lokasi-lokasi bersejarah di Mekah dan Madinah, pengangkutan bas berhawa dingin dengan seorang mutawif yang akan menemani kumpulan.
Pakej Lambaian Kaabah Umrah dan Ziarah telah mula diperkenalkan pada tahun 1999 bagi memenuhi permintaan tinggi penerbangan mengerjakan ibadah umrah di negara ini.
“Sebagai operator umrah yang berlesen, MASholidays menyediakan perkhidmatan umrah dan haji sehenti yang terbaik bagi memenuhi keperluan dan keselesaan serta ketenangan minda pelanggan di sana,”.
Pakej Umrah Dan Ziarah yang ditawarkan serendah RM5,950 seorang dengan memberi pilihan daripada segi tarikh penerbangan, tempat duduk di kelas ekonomi atau perniagaan dalam penerbangan tanpa henti ke Tanah Suci itu.
MASholiday juga menganjurkan kelas persediaan umrah setiap Sabtu pada minggu ketiga pada setiap bulan kepada para pelanggan dan orang ramai secara percuma,”.
Penerbangan ke Tanah Suci melibatkan pesawat Boeing 747 dan 777, namun menjelang tahun 2014, syarikat MASholiday akan menggunakan pesawat Airbus 330 (A330) baharu bagi tujuan penerbangan haji dan umrah.
Maklumat lanjut mengenai pakej tersebut atau tempahan boleh dibuat melalui laman web holiday. malaysiaairlines.com atau menghubungi talian 03-78634000/4040 dan umrah@malaysiaairlines.com.
p/s kepada siapa yang berminat, sila membuat tempahan dengan segera....untuk mendapatkan pakej umrah dan ziarah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!