Assalammualikum semua.........berita baik bagi peminat kereta Proton Malaysia....Nama Proton Malaysia sekarang ini sering meniti dibibir-bibir peminat kereta rali dunia, kerana kejayaan demi kejayaan terus dirangkul oleh Kereta Proton Malaysia dalam perbagai litar angtarabangsa. Yang terbaru kejayaan Proton Malaysia merangkul kejuaraan Rali New Caledonia.
BAGAIKAN ulangan keputusan di Malaysia, Proton meraih tangga pertama dan ketiga pada kejuaraan Rali New Caledonia untuk mencatat kemenangan kedua mereka selepas tiga pusingan Kejuaraan Rali Asia-Pasifik (APRC), semalam.
Merangkul kemenangan kedua musim ini selepas muncul juara pada perlumbaan pembuka tirai musim pada Rali Malaysia April lalu, Chris Atkinson dan jurupandu Stephane Prevot bertindak hebat dengan jentera Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan tiga hari itu di depan pemandu Pertamina Cusco Racing, Rifat Sungkar yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution X.
Satria Neo S2000 |
Ketabahan dan keazaman rakan sepasukan, Alister McRae berbaloi apabila dia menduduki tangga ketiga selepas melepaskan pendahuluan awalnya pada rali itu kerana tayar pancit dan kerosakan driveshaft.
Kemenangan di New Caledonia menyaksikan Proton merampas kejuaraan keseluruhan, tangga teratas di kalangan pencabar APRC dan tangga pertama Piala Pasifik. Proton turut merangkul Trofi Berpasukan APRC pada rali itu.
“Ia keputusan luar biasa buat Proton, seluruh pasukan dan buat Stephane dan saya secara peribadi. Perlumbaan kami tidaklah berakhir tanpa halangan terutama dengan kerosakan driveshaft pada hari kedua tapi kami bertuah kerana mampu jarakkan diri dan kekal pendahuluan,” kata Atkinson.
“Daripada segi kuasa, persembahan dan ketahanan, Satria Neo S2000 beraksi bagaikan sebutir permata minggu ini.” Dengan mata maksimum dipungut di New Caledonia, Atkison kini merampas tangga teratas kejuaraan pemandu APRC dengan 58 mata, hanya dua mata di depan McRae.
Di tangga ketiga pemandu Team MRF, Gaurav Gill, yang tidak menamatkan perlumbaan di New Caledonia.
McRae turut merampas kedudukan tangga pertama dalam kejuaraan pemandu Piala Asia daripada Gill. Turut melonjak ke tangga pertama dan kedua kejuaraan jurupandu APCR adalah Prevot dan Bill Hayes dengan masing-masing mengutip 58 dan 56 mata.
Proton turut mengukuhkan pendahuluan mereka dalam Trofi Berpasukan APRC dengan 128 mata di depan Team MRF.
Satu lagi bonus buat Proton adalah Karamjit Singh memenangi kategori dua lejang dengan jentera 1600cc Satria Neo sekali gus memantapkan lagi pendahuluannya dalam kejuaraan pemandu dan kejuaraan pengeluar dengan 78 mata. Karamjit menduduki tangga kesembilan keseluruhan pada rali itu.
“Kami amat teruja dengan kemenangan ini. Dua kemenangan dalam tiga pusingan APRC pasti membuktikan Satria Neo S2000 kompetitif. Kami mengalami nasib kurang baik dan isu mekanikal tapi kereta ini terbukti dari semasa ke semasa mampu untuk bersaing dengan kereta yang lebih kuat dan lebih penting memenangi rali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan