CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 15 Jun 2011

Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia

Assalammualikum semua.........

Anda tahu tak, apa itu tenis......Tenis ialah sejenis permainan yang menggunakan raket dan bola dan dimainkan di sebuah gelanggang yang dibahagi dua oleh sebuah jaring.

Tapi hari ini malaysiascore hendak menberitahu kepada semua berkaitan kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2011
KEJOHANAN Tenis Terbuka Malaysia 2011 pasti sekali lagi menjadi tumpuan peminat tenis tanah air.
Ini kerana pihak penganjur sedang berusaha 'melamar' salah seorang daripada tiga pemain yang menghuni ranking teratas dunia bagi menyertai kejohanan tersebut.
"Kami berharap salah seorang daripada mereka dapat menyertai kejohanan kali ini, malah salah seorang daripada mereka berkemungkinan besar dapat menyertai kejo- hanan tahun ini.
"Bagaimanapun, setakat ini saya tidak boleh mengesahkan siapa pemain itu," kata pengarah kejohanan, Nick Freyer pada sidang akhbar serta majlis pelancaran laman web kejohanan itu di Kuala Lumpur semalam.
Ketika ini, tiga pemain lelaki terbaik dunia dibarisi bintang Sepanyol yang juga pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal diikuti Novak Djokovic dari Serbia dan Roger Fe- derer (Switzerland).
Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2011 dijadualkan berlangsung pada 24 September hingga 2 Oktober di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2011 itu menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$947,750 (RM3 juta).

p/s pemain Malaysia ada tak yang akan mewakili Malaysia pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!