CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 15 Jun 2011

Gerhana Bulan I Solat sunat gerhana bulan penuh

Assalammualaikum semua bloggers...........


Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir.


PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

“Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. “Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.


Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.

Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan.


p/s marilah kita bersama-sama melakukan solat sunat gerhana bulan di rumah ataupun di mana sahaja mengikut kesesuaian kita.


1 ulasan:

  1. Info yang baik..sama2lah kita beroleh manfaat..

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!