CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 27 Jun 2011

Datuk Lee Chong Wei Juarai Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia

Assalammualaikun semua.....
Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2011

Kejohanan Terbuka Indonesia yang berlangsung di Stadium Istora Senayan telah menyaksikan kehebatan permain nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei mengungguli gelaran juara kali yang ketiga berturut-turut.
Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
Pada perlawanan akhir Kejohanan Terbuka IndonesiaLee Chong Wei, 28, hanya memerlukan masa 31 minit untuk menamatkan perlawanan dengan menundukkan Peter Gade, 34 (  21-11, 21-7 ).

Kejayaan tersebut sekali gus melebarkan rekod kemenangan Lee Chong Wei ke atas Peter Gade kepada 13-1 sepanjang 14 pertemuan dalam karier mereka.
Lee Chong Wei yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$45,000 (RM135,000) selaku juara Kejohanan Terbuka Indonesia.
Kejayaan yang dilakar semalam menjadikan Lee Chong Wei menjadi pemain bukan Indonesia pertama merangkul kejuaraan hatrik dan melakar nama sebaris dengan wira tempatan seperti Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

p/s Semoga Lee Chong Wei terus mempamerkan permainan yang konsisten agar ianya terus menaikkan semangat rakyat Malaysia......Tahniah sekali lagi buat Datuk Lee Chong Wei.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!