malaysiascore hari ini.....ingin memperkenalkan kereta konsep Audi yang terpantas di mana ianya boleh bergerak dalam 3.7 saat untuk mencapai 100km/j
Audi satu jenama yang tidak asing lagi di Malaysia.....Sekarang ini banyak model kereta Audi yang berada di atas jalan raya negara kita.
Dan Ini cerita pasal kereta konsep Audi model A1 Clubsport Quattro. Kereta ini dipertontonkan kepada orang ramai pada 1jun lalu di pertunjukan kereta Wrotherseetour ke-30 di Reifnitz, Austria.
Pameran yang berlangsung selama 4 hari itu turut mempamerkan kereta konsep jenama lain seperti Seat, Skonda dan Volkswagen.
Banyak yang menarik tentang kereta ini :-
* Bonet yang mempunyai lubang udara dengan jeriji bentuk sarang lebah hitam dan lampu utama dengan bingkai merah kelihatan jentera itu lebih sporty.
*Dilengkapi kerusi ‘bucket’ berasaskan gentian karbon ringan yang dipadankan khas untuk pemandu dan penumpang hadapan seperti dalam kenderaan perlumbaan.
* Enjin kereta Audi ini dengan enjin lima silinder kapasiti 2.5 liter dan turut dibantu pengecas turbo serta suntikan bahan bakar secara terus, enjin TFSI itu mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 503 kuasa kuda (hp) dan lebih tinggi berbanding model Audi TT RS dan RS 3 Sportback.
* Berat keseluruhan kereta Audi ini yang mencecah 1,390 kilogram itu turut mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan catatan 3.7 saat.
Bagi mencecah kelajuan 0 hingga 200 km/j, jentera berkenaan hanya memerlukan 10.9 saat.
Kereta Konsep Audi ini dilengkapi transmisi manual enam kelajuan dengan pacuan empat roda yang dipertingkatkan untuk pengendalian terbaik dan mampu memecut hingga 250 km/j.
Rim dengan dimensi 19 inci itu dibaluti dengan tayar bersaiz 255/30 dengan rekaan unik apabila kelihatan seperti turbin.
p/s Hebat bukan kereta konsep AUDI ini..agak-agak bila ini akan di pasarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan