CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 31 Mei 2011

PROTON BAKAL MEMASUKI PASARAN POLAND

PROTON SATU JENAMA MALAYSIA YANG MULA MENDAPAT TEMPAT DIPASARAN DUNIA
Kekerapan Malaysia mengikuti sukan rali dunia 
menyebabkan kereta Proton terkenal

Terbaru sebuah konglomerat Poland, Marvipol SA berminat untuk mengedarkan kereta nasional itu di negara berkenaan. 

Selain kenderaan PROTON, syarikat pengedaran kenderaan terbesar di Poland yang memiliki hak pengedaran rasmi jenama Land Rover, Jaguar, Aston Martin dan Caterham itu, turut berminat mengimport model keluaran Group Lotus plc.


Model PROTON yang dijangka akan di eksport ke Poland adalah :-



  1. EXORA
  2. SATRIA NEO
  3. PESONA
  4. Serta model global pertama EMAS
Model LOTUS pula adalah :-
  1. ESPRIT
  2. ELAN
  3. ELITE
  4. ETERNE
  5. ELISE
Jenama LOTUS terus berkembang
 sealiran dunia permotoran antarabangsa

Jika menjadi kenyataan, beberapa model terpilih PROTON dan Lotus bakal memasuki pasaran negara yang sedang berkembang pesat di kalangan negara Eropah itu, tahun depan.
Mengikut sumber, Proton dan Marvipol sedang dalam peringkat rundingan awal berhubung perkara itu. 

Namun, penganalisis automotif berkata, jika rundingan antara Proton dan Marvipol itu dimuktamadkan, ia meletakkan PROTON dalam landasan terbaik untuk mengukuhkan kedudukannya menjadi satu jenama global yang dapat diterima baik di pasaran antarabangsa. 

Ketika ini kira-kira 70 peratus daripada kereta PROTON dijual di pasaran domestik dan antara 20 peratus hingga 25 peratus dieksport. 

Selain pasaran Asia Tenggara, antara negara yang sudah diterokai PROTON termasuk Iran, China, Mesir dan India tidak lama lagi. 

4 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!