CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 30 Mei 2011

KERETA BARU PERODUA

Perodua Labur RM230j untuk mengantikan model MyVi

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) melabur RM230 juta bagi memajukan model baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model itu mengambil masa selama 27 bulan untuk dibangunkan melibatkan 200 jurutera terdiri daripada kalangan anak tempatan.
Beliau berkata, pihaknya juga meningkatkan kandungan tempatan dalam produk terbaharu itu sehingga 85 peratus berbanding 80 peratus yang digunakan MyVi.


''Model baharu itu hanya sekadar menggunakan casis Daihatsu, manakala peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka bentuk dan keperluan yang ditawarkan,'' kata beliau di sini baru-baru ini.
Pelancaran model baharu itu dijangka akan menjawab desas-desus sebelum ini tentang pelancaran kereta berkenaan yang dilihat bakal menjadi pengganti MyVi.

Kereta terbaharu itu dikatakan 'ramping' sedikit berbanding kereta kompak sedia ada yang cukup popular tetapi menjanjikan perubahan dan kemudahan yang diingini para pembeli masa kini seperti alat bantuan pandu arah dan juga skrin LCD boleh sentuh.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenainya masih belum dapat didedahkan buat masa ini, meskipun telah dipratonton kepada media massa.

Difahamkan model baharu itu yang bakal dilancarkan pada 16 Jun ini dengan keupayaan kuasa enjin yang menyamai MyVi, mungkin kelihatan kecil sedikit tetapi saiz ruang dalaman sebenarnya langsung tidak berubah.
Menurut Aminar Rashid, model MyVi kekal menjadi model paling laris ketika ini dengan jumlah jualan sejak Mei 2005 hingga April lalu mencecah 484,00 buah atau 97,000 buah setahun.

Katanya, permintaan terhadap MyVi semakin memberangsangkan dan kekal sebagai kereta pilihan pertama rakyat Malaysia.

MyVi juga telah memenangi 15 anugerah sepanjang tempoh lima tahun model itu berada di pasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!