CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 29 Disember 2012

Tengok Bola Di Stadium Larkin Johor Bahru

Woooo....
               Tengok bola perlawanan akhir bagi Kejohanan Jemputan 4  
                 Penjuru antara Johor, Johor Darul Takzim, Pahang & Woodlands  
                 Wellington FC

Yang menyaksikan pertembungan adik beradik di pusingan akhir antara Johor VS Johor Darul Takzim


Tiket perlawanan akhir 
Dengan tiket yang berharga RM 10.00, aku menyaksikan perlawanan sebagai penyokong pasukan Negeri Johor hehehee....diantara penyokong-penyokong lain.

Semangat punya pasal siap beli air horn lagi bagi membingitkan suasana yang memang bingit pun.....air horn nie dapat beli murah dari adik aku dengan harga RM8.00 sahaja.

air horn
Perh...orang punya lah ramai sampai nak duduk pun tak dapat terpaksa lah aku berdiri sahaja semasa tengok perlawanan ini.

Penuh stadium ini...dengan penyokong yang membanjiri bagi menyaksikan perlawanan ini. Dan ini lah saat yang ditunggu semasa menyaksikan perlawanan bola sepak...jaringan jaringan yang dibuat oleh pemain-pemain handalan.hehehee...........


Walaupun pasukan Johor Darul Takzim memiliki pemain bintang mereka kecundang juga...APA sudah jadi dengan pasukan Johor Darul Takzim? Meskipun dilabel pasukan paling mahal dengan dibarisi pemain-pemain berstatus bintang, ia bukan jaminan buat mereka meraih kejayaan.
Ia terbukti apabila skuad kendalian Fandi Ahmad itu gagal menjulang Piala Tunku Mahkota Johor.
Tampil beraksi sebagai pasukan pilihan di pentas final malam tadi, Johor Darul Takzim terpaksa akur dengan kehebatan ‘rakan sebumbung’, Johor apabila tewas 1-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Beraksi di hadapan lebih 30,000 penonton, pasukan Johor Darul Takzim ternyata gagal untuk mempamerkan aksi meyakinkan.
Sebaliknya, pasukan Johor dilihat menampilkan semangat juang yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.
     Kejohanan Jemputan 4 Penjuru






3 ulasan:

  1. Aku tahu dah..johor mesti menang punyer..johor vs johor kan..haha

    BalasPadam
  2. memnag lah...JOHOR tetap menang.

    BalasPadam
  3. Best tengok game kalau full stadium ni, dia punya suasana masyuk.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!