CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 14 Ogos 2012

Volkswagen Golf R


Volkswagen Golf R ialah sebuah jentera yang ditala khas untuk mereka yang gemarkan pemanduan dinamik serta menawarkan prestasi enjin tinggi. Bagi model ini, Volkswagen Golf R adalah barisan kenderaan sport keluaran automotif dari Jerman seperti Scirocco R dan Passat CC-R.


Aidilfitri pasti lebih meriah jika dapat memiliki kenderaan itu untuk dibawa pulang ke kampung halaman kerana ia menggabungkan kenderaan berprestasi dengan ruang kabin yang selesa.



Transmisi enam kelajuan automatik DSG memberi kelebihan bagi kenderaan buatan Jerman ini.

Bagi mereka yang meminati kenderaan sport, jentera ini adalah pilihan tepat apabila enjin 2.0 liter empat silinder turbo mampu menyalurkan 251 kuasa kuda, manakala 330Nm bagi kuasa kilasnya.

Ia juga mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam (km/j) dan hanya mengambil 5.7 saat untuk pecutan dari tahap pegun hingga 100 km/j.

Pengendaliannya yang mantap apabila digabungkan sistem 4Motion apabila kenderaan ini dijanakan dengan pacuan semua roda untuk memberi cengkaman setiap kali melayan selekoh.

Apapun, model ini menggambarkan sebuah kereta sport jalanan serba boleh sama ada pemanduan santai bersama keluarga atau agresif dengan pilihan mod suspensi serta ruang luas bagi penumpang belakang.

Dari segi bentuk luarannya, ia masih menggunakan kerangka yang sama dengan model Golf lain, tetapi ditambah beberapa kit badan sekali gus memberi sentuhan menarik.

Bahagian hadapannya dipadankan bampar kombinasi lampu LED siang dengan rekaan sedikit besar untuk tampak sporty dan maskulin selain mengurangkan daya seretan angin. Jeriji hitam dengan tertera lambang ‘R’ memberi kekuatan bagi model ini untuk membezakan model Golf yang lain.

Rim aloi Talladega bersaiz 19 inci membuatkan jentera ini sedikit tegap selain dipadankan dengan ekzos berkembar di tengah untuk tampak sporty.

Sebaik membuka pintunya, penulis merasakan ruang kabinnya tampak sporty dengan menerapkan ciri-ciri premium kerana kerusi ‘bucket’ dibaluti kulit berkualiti.

Walaupun dikategori kenderaan sport, ia masih mengutamakan hiburan kepada pemandu dan penumpangnya apabila dibekalkan dengan sistem audio premium jenama Dynaudio, lapan pembesar suara 300 watt. 

Ia juga dilengkapi sistem navigasi RNS 510 dengan skrin sesentuh selain dipadankan kamera belakang.



SPESIFIKASI VOLKSWAGEN GOLF R

ENJIN: Berseseran 1,984cc, enjin empat silinder turbo
KUASA MAKSIMUM: 251hp pada 6,000rpm 
TORK MAKSIMUM: 330Nm antara 2,400 hingga 5,200rpm 
TRANSMISI: Transmisi DSG enam kelajuan automatik

CIRI-CIRI KESELAMATAN: Beg udara hadapan, beg udara kaki untuk pemandu, beg udara bidai untuk penumpang hadapan dan belakang, ABS, EBD, BA, ESP dan TCS

HARGA: RM268,888


TAYAR YANG DICADANGKAN:

CORAK:: ContiSportContact 5P
SAIZ TAYAR: 235/35 ZR19 91Y


4 ulasan:

  1. Balasan
    1. harga pun leh tahan smart jugak.

      Padam
  2. Balasan
    1. apa lg cepat lah buat tempahan sekarang...nanti leh bawak g beraya

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!