CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 13 Ogos 2012

Bahana Mercun.....

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan makin banyak kita lihat, dengan ataupun baca mengenai kemalangan akibat bermain mercun.

Mercun ialah sejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China.

Di Malaysia, pembakaran mercun kini diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 akibat peningkatan kadar kecederaan di kalangan kanak-kanak (terutamanya dari kaum Melayu) semasa musim perayaan Hari Raya. Ironinya, kes kecederaan akibat bermain mercun terus meningkat saban tahun kerana kanak-kanak Melayu beralih kepada mercun buatan sendiri seperti meriam buluh sebagai alternatif kepada mercun komersial.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!