CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 25 Julai 2012

Sukan Olimpik 2012

IBU kota London bakal melakar sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah temasya Sukan Olimpik buat kali ketiga selepas edisi 1908 dan 1948.
Namun lebih istimewa, temasya kali ini berlangsung pada bulan Ramadan buat kali kedua dalam sejarah penganjuran Olimpik selepas edisi 1980 di Moscow, Rusia.
Sukan Olimpik 2012
Justeru, atlet-atlet dari negara Islam termasuk kontinjen Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Olimpik kali ini sudah pasti menjadi perhatian kerana mereka perlu bertarung dalam keadaan berpuasa.

Disebabkan itu, aspek pemakanan dan nutrisi menjadi faktor utama buat setiap atlet terbabit apabila mereka beraksi di pentas Olimpik 2012 yang bakal membuka tirainya Jumaat ini.
Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung tidak lama lagi, yang mana dapat kita lihat pemain-pemain akan berentap merebut pingat-pingat yang ditawarkan dalam setiap sukan yang dipertandingkan di sukan olimpik 2012 ini. Mereka yang beragama islam akan berpuasa sambil menyertai pertandingan itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!