CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 26 Julai 2012

Malaysia Bakal Tengelam...????

Kenapa Malaysia bakal tengelam...????


Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia terutama kawasan pesisir pantai berisiko ditenggelami air laut jika lapisan ais di Greenland cair sepenuhnya.
Pakar geologi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo berkata, risiko itu timbul kerana kejadian ais cair di pulau berhampiran Kutub Utara tersebut jika berterusan boleh menyebabkan paras air laut termasuk Laut China Selatan dan Selat Melaka meningkat.
“Apabila air laut meningkat maka daratan Malaysia akan ditenggelami air laut terutama kawasan pesisir pantai yang berada pada kedudukan rendah.

“Risiko ini bagaimanapun tidak akan berlaku dalam masa terdekat kerana pencairan ais di Greenland akibat pemanasan global berlaku secara berperingkat-peringkat,”
Kejadian kecairan glasier yang luar biasa di Greenland pada bulan ini yang membabitkan kawasan lebih luas berbanding sepanjang tempoh 30 tahun lalu.
Imej satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat baru-baru ini menunjukkan hampir 97 peratus permukaan glasier di Greenland mula mencair.
Sebuah bongkah ais gergasi dua kali lebih besar daripada Manhattan, Amerika Syarikat atau hampir menyamai saiz Pulau Tioman di Malaysia turut pecah.
Fenomena pemanasan global menjadi punca lapisan ais di Greenland cair dan ini telah mengakibatkan paras air laut di Malaysia meningkat satu hingga dua milimeter setiap 10 tahun.

4 ulasan:

  1. bahaya itu...kena cari umah tinggi skt.

    BalasPadam
  2. alamak..rumah sue kat kulim..macam kena highlight senang tenggelam je tuh...

    BalasPadam
  3. Hi there to every one, the contents present at this web page are really remarkable for people
    experience, well, keep up the good work
    fellows.

    Also visit my web site ... www.sra411.com

    BalasPadam
  4. Wow that was unusual. I just wrote an very long comment
    but after I clicked submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not
    writing all that over again. Regardless, just wanted to say great blog!


    My webpage ... Https://silpac.monsoonhub.Org/Node/816777

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!