CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 26 Jun 2012

Jeep Terpantas Di Dunia

Jeep paling pantas pernah dibina!

BERBELAS-BELAS tahun dahulu, jenama Jeep dari Amerika Syarikat (AS) banyak di atas jalan raya di Malaysia. Model paling popular ialah Cherokee dan Wrangler. Tidak bertahan lama, jenama tersebut nampaknya terus pudar. Apa yang tinggal sekarang hanyalah model-model terpakai di laman web jual-beli barang.
Mungkin kerana pengeluarnya yang hanya menfokuskan kepada enjin sesaran besar menyebabkan Jeep tidak mesra poket pembeli untuk mengisi minyak dan membayar cukai jalan tahunan.

Tambahan pula rakyat Malaysia lebih menggemari jenama Jepun berbanding jenama negara lain. Harus tahu, Toyota Hilux sudah lama menjuarai carta jualan jenama asing paling laris dalam negara.
Jenama Jeep di pasaran luar negara masih hidup. Pasarannya masih wujud untuk Jeep menawarkan model-model baharu. Varian terbaharu Jeep ialah Grand Cherokee SRT yang memiliki penampilan agresif dan maskulin.
Roda aloinya besar sungguh iaitu bersaiz 20 inci. Badannya direndahkan, manakala ruang dalamannya diinspirasikan daripada stail perlumbaan. Dakwa Jeep, Grand Cherokee SRT adalah varian yang paling mantap pengendalian dan pemanduannya.
Kualiti itu dapat dicapai hasil daripada penggunaan suspensi Active Adaptive dan sistem kawalan cengkaman (traction) Selec-Track dengan lima jenis mode dinamik.
Sistem pacuan empat rodanya (4X4) dikoordinasikan oleh transfer case Quadra-Trac Active on Demand dengan bahagian belakang dipasang Electronic Limited-slip Differential (ELSD). Untuk pemberhentian berkesan, Grand Cherokee SRT menggunakan khidmat brek Brembo dengan ABS pada keempat-empat rodanya.
Model SRT turut didatangkan dengan spesifikasi tinggi yang dijadikan sebagai peralatan standard. Cermin surianya terdiri daripada dua bahagian. Sementara sistem multimedia pula merangkumi sistem navigasi dan maklumat hibur (infotainment) Uconnect Navigation.
Sistem audio canggih surround sound system berkuasa 825 watt pula diambil daripada jenama Harman Kardon. Sistem audio tersebut disokong oleh 19 unit pembesar suara dan satu subwoofer yang juga daripada Harman Kardon.
Untuk pemanduan yang lebih selamat, turut dipasang ialah Adaptive Cruise Control yang berfungsi mengekalkan jarak selamat dengan kenderaan di hadapan.
Masih tidak cukup, Jeep memasang sistem Forward Collision Warning yang memberi amaran ancaman objek atau kenderaan di hadapan. Blind Spot Detection pula mampu mengesan objek pada kedua-dua sisi kenderaan.
Jimat minyak
Rear Cross-path Detection berperanan mengesan objek di belakang kenderaan yang sememangnya amat membantu sewaktu mengundur kenderaan untuk keluar atau masuk ke petak parkir.
Bab paling seronok apabila bercerita tentang kenderaan AS ialah saiz enjinnya. Jeep Grand Cherokee SRT dikuasakan oleh enjin serba baharu HEMI bersesaran 6.4 liter V8.
Jeep, enjin HEMI tersebut mempunyai teknologi Fuel Saver yang mematikan empat daripada lapan silinder apabila kuasa penuh tidak diperlukan demi memastikan penggunaan minyak yang efisyen dan pengurangan emisi.
Janaan kuasa enjin V8 itu pula adalah sebanyak 461bhp dengan 624Nm tork yang dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan. Lagak jentera litar dan mengikut trend semasa, paddle shifter dipasang pada stereng.
Cerita kuasa enjin belum habis lagi tanpa data prestasi. Jeep Grand Cherokee SRT dikatakan mampu mampu mencapai pecutan dari titik pegun ke 100km hanya dalam masa lima saat sahaja. Sementara kelajuan maksimumnya pula mencecah 257.5 kilometer sejam (km/j).
Mungkin untuk lebih bertanggungjawab, Jeep turut memasukkan data prestasi brek iaitu dari kira-kira 100km/j hingga sifar hanya memerlukan 35.3 meter untuk dihentikan sepenuhnya.
Jeep Grand Cherokee SRT merupakan satu pakej yang menggabungkan gaya eksklusif, kefungsian, kemampuan meredah laluan normal dan off road dengan penampilan sporty serta berprestasi tinggi. Jentera tersebut dibangunkan oleh pasukan Street and Racing Technology (SRT) kumpulan Chrysler.
Suka untuk saya kongsi, falsafah SRT dalam membina kenderaan terdiri dari lima prinsip utama iaitu fungsi, stail dan ruang kabin yang diinspirasi daripada perlumbaan, pengendalian, pemanduan cemerlang, prestasi brek yang bagus dan akhir sekali enjin mengagumkan.
Menyentuh tentang harganya pula, Jeep Grand Cherokee SRT boleh dimiliki pada harga £58,995 di United Kingdom (UK) atau kira-kira RM293,000. Sebenarnya Grand Cherokee SRT bukanlah SUV yang pelik untuk kita kerana di Kuala Lumpur atau bandar bandar besar lain sudah ada Hummer. Itu pun dari AS dan spesis yang memiliki enjin besar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!