CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 5 Jun 2012

Audi RS Q3 Dengan Gaya Sporty

Jom tengok AUDI RS Q3

CIRI sporty yang diterjemahkan pada kenderaan konsep Audi RS Q3 ternyata membuktikan keistimewaannya untuk menawarkan keseronokan dalam pemanduan berprestasi secara dinamik.

Jentera konsep yang berasaskan kereta utiliti sukan (SUV) kompak iaitu Audi Q3 tampil sporty apabila lebih rendah 2.5 sentimeter (sm) dan lebar sedikit, sekali gus tampak bergaya. 

Audi RS Q3 dipadankan warna biru muda itu yang diperkenalkan di Pameran Motor Beijing 2012, baru-baru ini, dijana enjin 2.5 TFSI yang menyalurkan hingga 360 kuasa kuda (hp).

Enjin bersesaran 2,480 cc suntikan terus dengan bantuan pengecas turbo itu turut dipadankan transmisi tujuh kelajuan S Tronik.

Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 265 kilometer sejam (km/j) dan mencatat 5.2 saat daripada tahap pegun hingga 100 km/j.

Rekaan hadapan tampak unik dan sporty apabila jeriji hitam berbentuk sarang lebahnya mewujudkan kesan tiga dimensi.

Lampu hadapan yang diliputi warna sedikit gelap dengan sentuhan krom tampak garang dan bergaya.

Bampar bahagian belakangnya pula lebih rendah dengan padanan dua muncung ekzos sedikit besar.

Selain itu, jentera berkenaan tampak tegap apabila dipadankan dengan roda aloi bergaya berdimensi 20 inci.

Ruang kabinnya tampak eksklusif apabila menerima sentuhan warna biru dan hitam serta kerusi dibaluti material premium iaitu kulit Nappa.

Stereng yang dipadankan dengan pelbagai butang dibaluti kulit hitam Velvet selain memberi genggaman terbaik dan mudah dicuci bagi menangkis kotoran.



SPESIFIKASI:

Konsep Audi RS Q3

ENJIN: 2,480 cc pengecas turbo
TRANSMISI: Tujuh kelajuan automatik S Tronik
KUASA MAKSIMUM: 360 hp
KELAJUAN MAKSIMUM: 265 km/j
MASA 0 HINGGA 100 KM/J: 5.2 saat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!