CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 25 Mei 2012

Yehh...... Dapat Hadiah Dari 100 PLUS

Saya nak berkongsi berita gembira...hehehehe....dapat hadiah dari 100 Plus.

Sekarang ini 100 Plus sedang membuat promosi Road To London dengan menawarkan hadiah bernilai RM 500,000.


Dan saya salah seorang pemenangnya.......

Hadiah yang ditawarkan adalah : 

1.   Percutian ke London
2.   TV Plasma 42inci
3    Komputer Riba
4.   Kamera Video
5.   Telefon Bimbit
6.   Kamera Digital
7.   Jam Tangan 100 Plus
8.   Botol 100 Plus
9.   Topi 100 Plus
10. Rantai Kunci 100 Plus
Cara nak menang hadiah dari 100 Plus ini adalah dengan membeli sebarang produk 100 Plus dan tengok di bahagian penutup jika terdapatnya kod dai P01 hingga P10.

produk 100 Plus
Kalau dah beli produk 100Plus tengok bawah penutup / tab kalau ada nombor kod tersebut bolehlah menghubungi nombor telefon 03-5635 1391 untuk menjawab soalan mudah.

Bila dah jawab dengan soalan mudah....dia akan memberitahu cara bagaimana hendak menuntut hadiah yang dimenangi.

Saya jawab soalan dan slogan bagi memeriahkan Olimpik London dengan memberi sokongan padu kepada para etlit negara....MALAYSIA BOLEH...kilauan emas milik anda.

Saya menuntut hadiah di Pejabat Pos Besar Johor Bahru.......hadiahnya ialah....


jeng...jeng......jeng...........................

Rantai Kunci 100 Plus

Heheheheee...hadiahnya ialah rantai kunci dengan kod P10.....ingat nak dapat pergi London..tapi rezEki hanya rantai kunci..kira syukur alhamdulilah jugak lah kerana dapat hadiah...dari 100Plus...tq 100 Plus.

6 ulasan:

  1. ok lah tu janji dapat..
    best! haha

    BalasPadam
  2. Rajin bro sertai contest seperti ini. Tanniah bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah rajin...cuma kebetulan sahaja.... terima kasih

      Padam
  3. Balasan
    1. memang best....walaupun nilainya tak seberapa.

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!