CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Rabu, 23 Mei 2012

NISSAN SYLPHY 2.0XV


KENDERAAN kategori sedan masih lagi menjadi pilihan pengangkutan harian yang praktikal kerana saiznya tidak terlalu besar dan harga mampu miliki.

Jentera segmen ini bukan saja memenuhi keperluan keluarga kecil yang tidak mahu memiliki kenderaan pelbagai guna (MPV). Malah turut sesuai digunakan sama ada untuk beriadah di hujung minggu atau ke pejabat.


Walaupun perbezaan luarannya tidaklah terlalu ketara, ia boleh dilihat pada bampar hadapan dan belakang apabila tampak sedikit lebar yang memberi impak penampilan sporty.


Jeriji balutan kromnya kelihatan garang selain bentuk lampu belakang seakan ‘air mata bergenang’ bagi membezakan dengan model terdahulu.


Lampu hadapannya menggunakan bi-xenon bersama Sistem Aktif Pencahayaan Hadapan (AFS) membolehkan cahaya dipantulkan lebih terang dan amat berguna ketika pemanduan malam. 

Lebih unik, lampu hadapan ini turut mempunyai ‘tanduk’ kecil yang difahamkan sebagai panduan pemandu melihat bucu hadapan ketika memasuki tempat meletak kenderaan.

Spoiler kecil pada but belakang secara langsung tampak bergaya dengan kehadiran rim aloi tujuh jejari berdimensi 16 inci.

Sebaik menjengah ruang kabinnya, ia dipenuhi kombinasi hitam untuk menyerlahkan lagi gaya eksklusifnya berbanding varian terdahulu yang menerapkan warna cerah.

Ini termasuk kerusi balutan kulit Masumi dengan rekaan terbaru yang memberi keselesaan selain memberi sokongan penuh kepada bentuk badan untuk penumpang atau pemandu.

Sekali imbas, rekaan kerusi ini bagaikan sofa premium bagi mengurangkan kelenguhan untuk perjalanan jauh, sementara ruang kaki yang luas memberi kebebasan dan keselesaan pergerakan penumpang belakang atau hadapan.

Paling menarik, ruang besar pada konsul tengah mampu dimanfaatkan sepenuhnya termasuk meletak beg tangan dan bekas minuman.

Papan pemuka yang menggunakan material berkualiti dengan kombinasi seperti kulit kayu membuatkannya tampak eksklusif dengan dipadankan audio skrin sesentuh.

Audio ini sekali gus mengisi kebosanan seisi keluarga kerana ia mampu memainkan muzik dan filem selain boleh digunakan disambung menggunakan AUX serta MP3.

Bagi menghidupkan enjin ini, ia tidak seperti kenderaan konvensional biasa kerana dilengkapi kunci pintar (i-Key).

Ini bermakna, enjin kenderaan ini boleh dihidupkan dengan memulas butang dengan hanya anak kunci berada dalam poket penulis.

Ruang but belakang dengan kapasiti 504 liter pula mampu memuatkan tiga beg besar dan sesuai untuk mereka mengisi barangan ketika pulang ke kampung.

Dari segi prestasi, enjin 2.0L dengan teknologi Nissan Xtronik CVT (transmisi boleh ubah berterusan) generasi ketiga buatan Nissan ini tidak menghampakan.

Sekali gus membolehkan penumpang tidak merasai setiap kali pertukaran gear dilakukan.

Enjin MR20DE yang tersimpan bawah bonet menjadikan Sylphy sebuah jentera menjimatkan bahan api dengan menghamburkan 133 kuasa kuda dan tork setinggi 191 Nm.

Sistem suspensi juga lembut dan tidak terlalu membuai ketika mengambil selekoh.

Bagaimanapun, perkara berkenaan adalah biasa bagi sebuah kenderaan sedan kerana ia tidak dicipta untuk mengambil selekoh dengan kelajuan tinggi seumpama kereta berprestasi tinggi.



SPESIFIKASI NISSAN SYLPHY 2.0XV:

ENJIN: MR20DE, bersesaran 1,997 cc.
KUASA MAKSIMUM: 133 PS pada 5,200 rpm
TORK MAKSIMUM: 191 Nm pada 4,400 rpm
TRANSMISI: X-CVT
CIRI-CIRI KESELAMATAN: dua beg udara, ABS, EBD dan BA.
HARGA: RM124,888 atas jalan termasuk insurans.


TAYAR YANG DICADANGKAN:

CORAK: ContiPremiumContact 2 195/60 R16 89H

6 ulasan:

  1. nissan terkenal dgn penjimatan bahan api, model NISSAN SYLPHY ni mungkin jimat juga kot.

    BalasPadam
  2. khamis ni, sylphy sy keluar...yuhuu...xsabar...

    BalasPadam
  3. khamis ni, sylphy sy keluar...yuhuu...xsabar...

    BalasPadam
  4. Bestnya dpt bwk nissan slyphy ni...kereta ni nmpk mewah la...saya baru pakai 3 hari rasa selesa ya amat...wlpn saya beli second tp puas hati

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!