CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 22 Mei 2012

Nazmi Faiz Mansor Berjaya Di Portugal


Nazmi Faiz Mansor

Nazmi yang ‘terbang’ ke Portugal minggu lepas telah tamat mengikuti latihan bersama kelab Liga Divisyen Satu Portugal.
Begitupun, ejen S.C. Biera-Mar, Marco Guimaraes semasa dihubungi semalam enggan mengulas lanjut mengenai peluang Nazmi bersama kelab tersebut.
Namun pada masa sama, Guimaraes membayangkan satu perkembangan yang positif buat peminat negara apabila mengakui Nazmi mempunyai potensi untuk beraksi di Eropah.

S.C. Biera-Mar
“Nazmi berjaya melalui setiap sesi ujian yang dilakukan oleh S.C. Biera-Mar dengan begitu baik.
“Dia adalah seorang pemain yang mampu untuk meningkatkan lagi tahap permainannya tetapi saya tidak boleh mengulas lanjut (sama ada Nazmi terpilih) menyertai kelab ini kerana keputusan hanya boleh diketahui 
Untuk rekod, Nazmi, 17, memulakan latihan pertamanya dengan S.C. Biera- Mar bermula Khamis lepas bersama beberapa lagi pemain dari negara lain.
Namanya mula meniti di bibir peminat tempatan dan juga luar negara selepas berjaya melakukan jaringan cantik dari luar kawasan penalti dalam saingan kelayakan Sukan Olimpik 2012 London bersama skuad bawah 23 tahun negara ketika bertemu Bahrain, November tahun lalu yang menyaksikan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu tewas 2-3.
Persembahan konsisten Nazmi dalam saingan Liga Singapura musim ini juga berjaya membuka mata Guimaraes untuk mengujinya bersama S.C. Biera-Mar.
Sekiranya berjaya ditawarkan kontrak beraksi di kelab itu dia bakal menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di Portugal serta berpeluang untuk mencipta nama di Eropah.
“Setiap ujian yang dilakukan oleh Nazmi dilalui dengan baik sekali. Walaupun cuaca di sini agak sejuk berbanding di Malaysia tetapi dia mampu berlari di atas padang dalam tempoh yang lama memandangkan dia mempunyai stamina yang tinggi.
“Nazmi juga berpeluang untuk beraksi dalam satu perlawanan persahabatan menentang pasukan simpanan kelab tersebut yang rata-ratanya dibarisi pemain muda dan dia berjaya membantu skuad utama menang 2-1 baru-baru ini,” 

1 ulasan:

  1. tahniah untuk beliau. mudahan dapat kontrak dr kelab tersebutlah. sekurang-kurangnya banyak pengalaman yg ditimba disana.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!