Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku 20 Mei 2012 pada hari Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa :
Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (20 Mei 2012 waktu tempatan di Hemisfera Timur), dengan magnitud 0.9439. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melintasi antara Bumi dan Matahari, dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej Matahari dari pencerap yang berada di Bumi.
Gerhana Matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara Bulan adalah lebih kecil daripada cakera Matahari, menyebabkan Matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya Matahari. Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana Matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.
Fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun , dan bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat , dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.
Di Malaysia, hanya negeri -negeri yang berada di Malaysia Barat sahaja yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak akan dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini kerana ia dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit pada 21 Mei 2012.
subhanallah, memang cantik, insyaAllah kalau berkesempatan akan tunggu waktu tu.
BalasPadambetul tuh....memang cantik
BalasPadam