CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 17 Mei 2012

Gasing Moden Vs Gasing Tradisional


Kenali Gasing Tradisional
Gasing tradisional
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. 
Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.
Gasing Moden 
Gasing moden pula boleh juga berpusing cuma ianya lebih canggih tapi tidak mengunakan tali. Ianya diputarkan hanya dengan memusingkan tombol dan dipicit bagi melepaskan gasing agar ianya berpusing. 

 Gambar Gasing moden




Gasing moden ini juga dilengkapi dengan lampu dan muzik.....lagi menarik bukan...???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!