Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes)
NZ125R merupakan produk keluaran kilang Naza Bikes di Shah Alam. Kilang dengan keluasan mencecah 2,229 meter persegi itu mula beroperasi sejak tahun 2003. Sehingga kini, kilang berkenaan sudah menghasilkan sebanyak 14 jenis motosikal termasuk NZ125R untuk pasaran tempatan dan eksport.
NZ125R menggunakan enjin sejukan udara bersesaran 124.8cc sama seperti yang digunakan pada model Flash. Enjin tersebut adalah buatan China. Ia dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan dan sistem kaburator. Hasilnya, kuasa kuda maksimum yang mampu dicapainya mencecah 10.1hp. Sementara tork maksimum pula berada pada paras 10.3Nm @ 5,000rpm.
alah satu keunikan model itu ialah poin elektrik yang berperanan sebagai panel pengecas telefon mudah alih atau alat penentu kedudukan global (GPS). Ia pasti berguna buat mereka yang ingin melakukan aktiviti kembara dengan sebuah motosikal mampu milik.
Didatangkan dengan dua warna pilihan, NZ125R ditawarkan pada harga RM4,256 seunit (di atas jalan termasuk insurans).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan