CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 19 April 2012

Fasa Pertama Telah Siap...Keretapi Laju KL -Singapura

SURUHANJAYA Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyelesaikan kajian berdaya maju fasa 1A membabitkan rancangan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura menerusi sistem kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan akan memulakan kajian bagi fasa 1B, tidak lama lagi.


Kajian bagi fasa 1B membabitkan impak ekonomi jika HSR diwujudkan, manakala fasa 1B pula akan menumpukan kajian jajaran laluan dan lokasi.


“Apabila kajian fasa 1B ini selesai, kami akan memulakan pula kajian berdaya maju membabitkan soal kos pembinaan. Jika dilaksanakan, HSR tidak akan menggunakan rel sedia ada, sebaliknya laluan baru.

Keputusan sama ada projek ini akan dilaksanakan atau tidak, bergantung kepada kerajaan. 


Jaringan sistem HSR dikenal pasti sebagai projek berimpak tinggi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mampu menjana ekonomi negara kepada RM6 bilion menjelang 2020.



Projek itu mampu menambah jumlah pelancong dari Singapura antara 1.8 juta hingga 3.4 juta yang berpotensi membelanjakan antara RM2.2 bilion hingga RM4.2 bilion setahun, pengalihan pelbagai industri ke Greater KL berikutan kelebihan kos berbanding Singapura, peningkatan produktiviti berikutan penjimatan masa empat jam pergi dan balik serta meningkatkan nilai hartanah di ibu negara.

p/s Aku pun tertunggu-tunggu jugak ........bila nak dapat naik keretapi laju nie.

6 ulasan:

  1. feewit...satu lagi projek canggih.. ;-)

    BalasPadam
  2. kalo siap leh naik g singapore.. wahhhh~ untung2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. erm..cepat dan dapat memendekkan masa perjalanan...

      Padam
  3. canggih dah nanti senang nak ke singapore

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang.....tapi harga tiketnya ada cecah RM200 tak....????

      Padam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!