CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 27 April 2012

Akhirnya Terjawab...Penganti ketua jurulatih badminton negara


Penganti ketua jurulatih badminton negara telah ditemui.........

Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
ROSMAN Razak dipilih mengisi kekosongan tempat bekas ketua jurulatih badminton negara Rexy Mainaky, menggalas tugasan terakhir jurulatih itu sebelum berhijrah ke Filipina, iaitu sebagai ketua jurulatih beregu wanita dan campuran.

Keputusan melantik Rosman itu diputus jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat, Ng Chin Chai petang semalam.

Pelantikan Rosman tidak mengejutkan kerana jurulatih itu bekerja rapat dengan Rexy meskipun beliau diasingkan daripada membantu Rexy sejak Tan Kim Her mengambil alih tanggungjawab ketua jurulatih beregu lelaki.


ROSMAN Razak

“Tugasan Rosman ini bersifat jangka pendek, mengemudi skuad wanita dan campuran menjelang Olimpik London dan ia mungkin kekal hingga hujung tahun kerana kebanyakan kontrak jurulatih kami akan berakhir hujung tahun ini.



“Selepas Olimpik atau hujung tahun baru kami mula mencari jurulatih asing jika perlu, kerana menjelang Olimpik, kami putuskan tidak mahu berlaku terlalu banyak perubahan dalam struktur latihan,” kata Chin Chai.


Rosman sudah 10 tahun menjadi jurulatih BAM sebelum ini pernah melatih skuad pelapis dan beregu wanita, malah hubungan rapat antaranya dengan Rexy mungkin mampu membantu beregu wanita menjalani latihan seperti diatur bekas jurulatih dari Indonesia itu.


Beliau akan dibantu jurulatih Chong Kien Ling melatih beregu wanita dan Jeremy Gan untuk beregu campuran.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!