Lokasi Bersih 3.0 |
Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.
Di Malaysia, perhimpunan diadakan di lapan bandar utama iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu, Miri, Melaka, Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.
Di luar negara, rakyat Malaysia menganjurkan perhimpunan itu di 70 lokasi, antaranya Singapura, Hong Kong, Jepun (Osaka, Tokyo), Austria (Graz), Australia (Brisbane, Canberra,Perth, Melbourne, Sydney, Adelaide, Hobart).
Amerika Syarikat ( Houston,Atlanta, Pittsburgh, Minneapolis, San Francisco, New York City, Washington DC, Los Angeles, Boston, Chicago, Portland, Columbus, Wichita Kansas, Ames, Iowa), Kanada ( Toronto, Montreal),
New Zealand (Auckland,Wellington, Motueka).
Lain-lain tempat : di Taiwan (Taipei, Tainan), United Kingdom (London, Edinburgh, Scotland, Newcastle), Ireland Dublin, Sligo), Switzerland ( Zurich, Geneva), Sweden (Uppsala, Mälmo), Jerman (Koeln/Bonn, Berlin), China (Shanghai, Beijing).
Selain itu, Perancis (Paris), Thailand (Bangkok), Korea (Seoul, Busan), Finland (Helsinki), Rusia (Moscow), Jordan (Amman, Mafraq, Irbid, Mu’tah), Bangladesh (Dhaka), Netherlands (The Hague), Indonesia (Bali) dan Afrika Selatan (Cape Town).
hurm .. bangga kot ..buat satu dunia nampak .. alahai
BalasPadamramai jugak yg pi......tapi sampai kejadian yg memalukan...erm...kata duduk dan bantah...lain2 tempat semua ok jerk...tak mcm kat kl
PadamKo pergi ke bro kat dataran sebelah tuh? rentikan ler..
BalasPadamaku pergi dalam mimpi..jerk...hehehehe
Padam