CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 29 Mac 2012

Pelakon Bebas Tuduhan Mencuri


Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buah buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.
Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K. N. Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskan pelakon yang lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama Gerak Khas.

Hakim Abdul Malik berkata, tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buah buku dari rak buku di kedai buku tersebut.
Beliau juga berkata, identiti buku didakwa Farid curi juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikan buku tersebut kepada penyelia kedai buku itu.
Selain itu, hakim itu berkata, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH manakala beg sandang pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.
"Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid yang ketika itu kelihatan menangis.

1 ulasan:

  1. MACAM2...kalo betol mencuri memang agak pelik la kan...berlakon watak detektif, tapi mencuri...apa pun mahkamah dah buat keputusan bebas...mybe dia tak bersalah...

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!