Selain bergelar pemain terbaik dunia, penyerang Argentina, Lionel Messi juga merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi tahun ini.
penyerang Argentina, Lionel Messi |
Bintang sensasi Barcelona itu dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £27.4 juta (RM133.577 juta) tahun ini menerusi gaji serta bonus sebagai pemain selain penajaan dan pengiklanan yang membabitkan dirinya.
Gaji tahunan sebanyak £13 juta (RM63 juta) yang diterima Messi akan bertambah menerusi pembabitan dirinya sebagai duta bersama dua jenama terkemuka dunia iaitu Pepsi dan Adidas.
Menurut laporan yang disediakan oleh majalah France Football itu, bekas kapten England, David Beckham berada di tempat kedua sebagai pemain yang menerima pendapatan tertinggi.
Meskipun sekadar beraksi bersama Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) dalam saingan Major League Soccer (MLS) namun Beckham masih mampu untuk meneruskan kehidupan mewahnya.
Beckham, 36, dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £26 juta (RM126.7 juta) tahun ini menerusi pembabitannya sebagai duta jenama terutama selepas menandatangani perjanjian sebagai duta Samsung sempena temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Pemain sayap Real Madrid, Cristiano Ronaldo berada di tempat ketiga diikuti penyerang Anzhi Makhachkala, Samuel Eto'o manakala penyerang Manchester United, Wayne Rooney, kelima.
Cristiano Ronaldo |
Samuel Eto'o |
Wayne Rooney |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan