CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 14 Februari 2012

Rehatkan Badan Di Kolam Air Panas Jasin Melaka


Kat Melaka banyak tempat yang kita boleh lawati seperti di Pantai Klebang, Bandar Hilir, Melaka Wonderland, Zoo Melaka, Taman Buaya dan tidak ketinggalan tempat yang menarik juga untuk dikunjungi adalah Kolam Air Panas Jasin.



Sepanjang aku di Melaka aku berkesempatan melawat satu lagi tempat yang menarik di Melaka iaitu.....Taman Rekreasi Air Panas Jasin

Apa yang menariknya di kolam air panas ini ianya dapat menyihatkan badan kita kerana kolam ini terhasil  adalah dari sumber semulajadi. Aku pergi pada hari selasa 07hb Febuari 2012 bersama famili aku dan famili adik iparku.

Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park merupakan satu destinasi istirahat yang perlu dikunjungi sekiranya berada di Kampung Ayer Panas


Kolam yang menyediakan air mineral semula jadi iaitu Air Mineral Suam Tinggi Sulfur Putih Beralkali atau alkaline white-sulphur warm springs menyihatkan seisi keluarga kerana khasiat air mineral boleh mencantikkan kulit, menyembuhkan penyakit kulit dan menghilangkan tekanan.


Pada waktu aku pergi tempat agak lengang kerana tidak ramai orang.. dan harga sekali masuk bagi dewasa adalah RM6.00 DAN kanak-kanak RM3.00. tempatnya boleh lah dikatakan menarik kerana ianya banyak kolam-kolam yang ada dari air yang paling panas ke air yang suam.


Inilah kolam yang paling panas sekali, anda kena mandi air dari kolam ini dahulu sebelum boleh pergi ke kolam-kolam lain, ini bertujuan untuk memberikan diri anda stabil pada suhu panas agar ianya tidak memberi anda kesan sampingan yang boleh membahayakan diri anda.

Batu Bersurat
Sedikit maklumat berkaitan Taman Rekreasi Air Panas Jasin atau Jasin Hot Springs Recreational Park iniMengikut sejarah, seorang lelaki berketurunan Baba, Tan Kim Tian adalah orang pertama yang menemui kawasan tersebut pada 1884 dan seterusnya membuka kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!