LOS ANGELES: Penyanyi dan pelakon legenda, Whitney Houston, mati dalam bilik hotel disewanya selepas sekian lama bergelut dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol. Whitney Houston yang berusia 48 tahun, Whitney ditemui lemas dalam tab mandi oleh pengawal peribadinya.
Katanya, paramedik berusaha menyedarkan penyanyi terbabit tetapi dia akhirnya disahkan mati pada jam 3.55 petang (waktu tempatan) semalam.
Anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina, 19, dilaporkan menjerit-jerit dan bertengkar dengan polis yang enggan membenarkannya masuk ke Hotel Beverly Hilton untuk melihat mayat ibunya.
Punca kematian Whitney Houston belum diketahui.
Sumber berkata, tiada ubat larangan ditemui di suite tingkat empat hotel berkenaan, tetapi petang kelmarin, Whitney dilihat berfoya-foya berlebihan, selain mabuk dan berborak dengan kuat di lobi.
Ketika mayat penyanyi itu diusung ke ambulans, beberapa ela dari situ, sejumlah selebriti, termasuk Britney Spears dan Kim Kardashian mengambil bahagian dalam majlis parti menjelang Anugerah Grammy di hotel sama.
Whitney sepatutnya hadir di majlis yang dianjurkan mentornya, Clive Davis.
Suasana parti itu bertukar apabila Davis memberikan penghormatan kepada Whitney sebelum berkata: “Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita mulakan muzik.” Selebriti turut memberi penghormatan kepada Whitney sepanjang malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan