CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Isnin, 5 Disember 2011

Yamaha 135 LC versi GP

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-50 pembabitan Yamaha dalam MotoGP dunia, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (Hong Leong Yamaha) memperkenalkan model 135 LC GP Edition. Jentera itu membabitkan varian lima kelajuan klac tangan tahun 2011 dan hanya 2,000 unit versi GP ditawarkan.
Yamaha 135 LC versi GP
Difahamkan semua unit edisi terhad itu sudah habis diedarkan kepada para pengedar. Sekiranya anda mahu memiliki jentera tersebut, dapatkannya daripada pengedar-pengedar Hong Leong Yamaha yang masih memilikinya. Model itu menggunakan tema warna unik iaitu biru, hitam dan putih. Penampilannya menyerlah menerusi pelekat-pelekat khas pada badannya.
Yamaha 135 LC dipasang enjin empat lejang dengan sistem penyejukan cecair. Ia berupaya menjana kuasa maksimum 9.2kW @ 8,500rpm dan tork maksimum sebanyak 12Nm @ 6,000 rpm. Nisbah mampatan ialah 10:9:1. Dua cara menghidupkan model itu sama ada menerusi penghidup tendang atau menekan butang penghidup.
Motosikal King of Moped tersebut dilengkapi dua set brek cakera pada roda hadapan dan belakangnya. Brek hadapan dilengkapi angkup dua omboh, manakala cakera belakang dihentikan dengan khidmat satu omboh. Rim 17 inci melibatkan penggunaan tayar saiz 70/90 (hadapan) dan 100/70 untuk rda belakang.
Suspensi hadapan membabitkan jenis teleskopik dan monocross pada belakang. Komponen lain yang sedia ada seperti 135 LC model 2011 ialah set lampu hadapan dan belakang, speedometer bulat serta penutup pada bahagian kuncinya.
Harga bersih model edisi terhad ini ialah RM6,868 seunit (tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Jaminan yang diberikan ialah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000 kilometer (km).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!