CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Khamis, 15 Disember 2011

SUKMA XV | Sukan Malaysia (SUKMA) XV

Pelancaran Maskot, logo dan lagu untuk Sukan Sukma .
Maskot SUKMA XV Pahang

Bagi mempromosikan Sukan Malaysia (SUKMA) XV yang akan diadakan pada 5 hingga 14 Julai tahun depan, Pahang secara rasminya melancarkan lagu, logo, maskot dan laman sesawang temasya sukan berkenaan.
SUKMA XV di Pahang mengekalkan gajah sebagai maskot serta logo Sukan Malaysia memandangkan gajah amat sinonim dengan negeri itu dan sebagai lambang Pahang adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Logo SUKMA itu direka khas dengan aksi ia mengalu-alukan ketibaan semua kontinjen ke Negeri Pahang dengan gabungan warga merah, kuning, biru dan putih manakala laman web sukan SUKMA itu ialah http://sukanmalaysia2012.pahang.my.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Mat Zara’Ai, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang selaku Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lagu, Logo dan Maskot kerana telah mencipta lagu rasmi SUKMA kali ini,” katanya dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Perpaduan Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat di sini, malam tadi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!