CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 25 November 2011

Trofi Kemenangan YUNA Bertukar Tangan Pada Siapa....?????

Ya..inilah pemenang baru yang tidak akan silap lagi untuk Kategori Lagu Terbaik dari AIM18 

Yuna Menyerahkan Trofi Kemenangan Kepada Edry KRU

Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.



Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18.


Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.



Anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar Zain.




Anuar Zain menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!