CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mangsa Godam Terbaru | DJ Radio Menjadi Mangsa

Pengodam Telah Memulakan Misinya...................

Penggodam yang menggunakan nama Jar Jar Binks telah mengodam laman sosial Penjampai Radio HotFM.





“FARA FAUZANA sedar mengenai perkara ini semasa melayari twitter pada 23 September lalu selain turut mendapati akaun facebook (FB) dan e-mel turut diceroboh.


“Selain itu, banyak maklumat peribadi Fara Fauzana dan rakan penyampai lain turut dimuat turun penggodam.



Selain Farah Fauzana, tiga lagi penyampai radio terkenal Hot FM iaitu Kieran (Mas Kiran Jakiran), AG (Muhammad Azmir Selamat) dan Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid (Aleya) menerima nasib sama sehinggakan pelbagai maklumat peribadi mereka didedahkan.


Nombor telefon beberapa lagi penyampai radio stesen itu termasuk artis turut didedahkan malah beberapa blogger berkaitan dunia hiburan menyiarkan maklumat berkenaan di laman blog mereka.


Farah Fauzana berkata, penggodam itu tidak sepatutnya melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab sehingga menyusahkan orang.


“Perbuatan itu mengganggu kerja kami, selepas ini kami terpaksa merehatkan sementara waktu beberapa akaun laman sosial akibat pencerobohan itu,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung kejadian pencerobohan itu.



“Saya sangat kesal kerana butiran diri penyampai radio seperti nombor telefon, alamat dan salinan kad pengenalan didedahkan sedangkan ia sangat sensitif serta boleh memberi kesan tidak diingini kepada mereka.



“Saya tidak tahu siapa penggodam itu tetapi apabila dia mendedahkan butiran peribadi, ia bukan perkara main-main dan kami sangat memandang serius perbuatannya itu,” .

7 ulasan:

  1. ape sebenar penggodam ni nak agaknye.

    BalasPadam
  2. AKU DH FOBIA BILA KENA HACKED NIE

    BalasPadam
  3. kotak bulat....tulah memag menyusahkan org jerk.

    Denaihati...dia nak menyusahkan org, ataupun nak mencari keuntungan.

    Khairul...hehehe..kena lah pasang anti hacker pada blog

    BalasPadam
  4. Aku dengar cybersecurity malaysia boleh cegah hacking2 web nih...jom minta bantuan mereka.

    BalasPadam

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!