Assalammualaikum...
Proton telah menganjurkan program My Proton Makeover untuk pelangan setia proton, apa program tersebut ...????
Baca entri ini sampai abis....
My Proton Makeover |
TUAH badan. Itulah nasib Fadly Hisham Roplay, 33, yang masih setia dengan model Proton Saga tahun 1992 miliknya. Keretanya itu kini sedang menjalani proses baik pulih oleh unit R3 Proton Motorsports Division.
Fadly menjadi pemilik kenderaan nasional pertama untuk program My Proton Makeover anjuran Proton Holdings Bhd. (Proton).
Program tersebut bertujuan menghargai pelanggan yang telah memberi sokongan terhadap Proton sejak 26 tahun lalu. Fadly membeli Proton Saga itu pada tahun 1999 daripada pemilik asalnya di ibu negara.
Bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik antarabangsa, Fadly menggunakan kereta tersebut sewaktu temu janji pertama dengan kekasihnya yang kini sudah menjadi isterinya dan ibu kepada dua orang anaknya.
“Antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan ialah ketika membawa ibu ke rumah ibu bapa kekasih saya untuk merisik. Ketika itu, saya berada dalam Proton Saga ini di luar rumahnya,” katanya.
Proton Saga miliknya yang kini berada di dalam bengkel R3 akan mengambil masa empat minggu untuk proses baik pulih semua bahagian termasuk luaran dan dalaman. Ia dijangka siap pada September ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, My PROTON Makeover memerlukan peserta menghantar kisah mereka membabitkan kereta Proton. Lima peserta bertuah akan diberi proses baik pulih ke atas kenderaan mereka.
Sebelum di makeover |
Selepas makeover |
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 Disember ini.
wowwww pimp my ride saga hehe
BalasPadamwooo... malas makeover keta ..
BalasPadamBilalah Gen2 saya hendak di pasang kit R3?
BalasPadamnak tunggu make-over concept "hot rod" pulak
BalasPadampbee...hehehe jg keta penting bodykit no2...kan2
BalasPadamakubiomed...bila2 pun boleh pasang janji ada RM
Denaikati....hehehee kita tunggu ramai2