CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 3 September 2011

Berita Terkini | Jenazah Noramfaizul Akan Dikebumi Di Tanah Perkuburan Islam UPM Ahad


Assalamualaikum dan ucapan takziah buat keluarga mangsa (Jurugambar BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor) semoga ohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman kepada Allah S.W.T

Arwahyarham Noramfaizul


Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Somalia, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang dekat sini, Ahad.

Naib Presiden Kelab Putera 1Malaysia Rahman Rahim, yang mewakili keluarga arwah, berkata jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor, bergantung kepada keadaan. 


Beliau berkata sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jenazah akan dimandi, dikapan dan disolatkan di Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya. 

Rahman memberitahu permberita jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Al-Islah berhampiran rumah ibu bapa Allahyarham untuk disolatkan.



Jenazah dibawa pulang ke Malaysia pada Sabtu menaiki pesawat C-130 TUDM bersama anggota misi lain, dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM kira-kira 9 pagi Ahad. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!