CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Sabtu, 27 Ogos 2011

PROTON Untung RM12 juta



Penyusutan keuntungan berikutan kos tinggi bina semula jenama Lotus 

PROTON Holdings Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM12 juta pada suku pertama berakhir 30 Jun 2011, lebih rendah berbanding RM105 juta yang dicatatkannya pada suku sama tahun lalu.
Sepanjang suku kajian, pengeluar kereta nasional itu meraih pendapatan sebanyak RM2.23 bilion, turun sedikit berbanding RM2.29 bilion yang diraihnya sepanjang suku sama tahun sebelumnya.
PROTON, dalam kenyataannya semalam, berkata penurunan keuntungan sebelum cukainya itu sebahagian besarnya disebabkan perbelanjaan lebih tinggi yang ditanggung oleh Lotus Group International Ltd (LGIL) untuk membina semula jenamanya serta kos penstrukturan semula dalam suku semasa. 

LGIL menuju sasaran mencapai pelan perniagaannya dan pencapaiannya setakat ini adalah sejajar pelaksanaan transformasi perniagaan lima tahun kumpulan,” kata kenyataan itu. 

Antara pencapaian LGIL termasuk memperkenalkan enjin baru V8 minggu lalu, menyiapkan sepenuhnya kemudahan trek ujian gred Formula Satu (F1) baru di Hethel, penubuhan sebuah stor cenderahati web dengan barisan pilihan barangan bermutu tinggi eksklusif serta hampir menyiapkan bangunan kilang baru untuk menampung pengeluaran model baru. 

Proton berkata, perbelanjaan tinggi di LGIL itu bagaimanapun sebahagiannya dapat diimbangkan oleh pendapatan lebih tinggi daripada kenaikan jumlah jualan domestiknya yang mencatatkan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Bagaimanapun, ia berkata jika dibandingkan dengan suku sebelumnya, Proton berdepan dengan jumlah jualan keseluruhan yang lebih rendah. 

Sementara itu, Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, berkata kumpulan kini secara agresif cuba menerajui transformasi LGIL. 

Katanya, perkembangan terbaru menyaksikan pemeteraian perjanjian edaran baru di China yang juga salah satu daripada pasaran kereta sport premium paling pesat berkembang di dunia. 

“Pengedar dilantik itu, Lotus China Symphony Ltd akan melabur dalam perjanjian edaran baru itu ke seluruh negara,” 

Sumber : Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!