CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 9 Ogos 2011

Bonus Hari Raya Setengah Bulan Atau Minimum RM 500 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara

Bonus Hari Raya Setengah Bulan Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam Dan Pesara

Kakitangan Awam Dapat  Bonus Raya

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.
Duit Raya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.
Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
p/s Dapat bonus...dapat bonus...sudah boleh pergi shopping lah tengah bulan ni...beruntung orang penjawat awam...murah rezeki mereka. Aku dapat bonus ke tak....entah lah...kalau ada rezeki dapatlah...kalau tak dapat..maknanya kena cari kerja kat tempat lain lah.

1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!