CERITA TERHANGAT!!! ---> TERBAIK!!!

Terhangat ..

Selasa, 12 Julai 2011

Proton Inspira : Teknologi Lotus mudah pemanduan

Assalammualaikum...

Proton Inspira : Teknologi Lotus mudah pemanduan
PROTON INSPIRA
Bahagian Belakang PROTON INSPIRA

RUANG kabin yang luas dan selesa, antara keistimewaan jentera terbaru keluaran Proton Holdings Bhd (Proton), Proton Inspira.




Proton Inspira varian 1.8 CVT ini menawarkan tempat duduk belakang dengan memberi keselesaan pada ruang kaki yang luas walaupun kehadiran tiga penumpang dewasa sekali gus mengurangkan lenguh dalam perjalanan jauh.

Selain itu, ruang simpanan barang yang luas boleh memuatkan banyak bagasi.



Material kain kombinasi dua warna gelap pada tempat duduknya masih memberi imej bergaya dan ia berbeza dengan model varian 2.0 P (Premium) yang dibaluti kulit.




Walaupun jentera ini terhasil daripada kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun, wajahnya masih mengekalkan identiti sebuah kereta sedan buatan nasional.

Menerusi kerjasama itu, MMC menawarkan model Mitsubishi Lancer versi terkininya kepada Proton untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model keluaran tempatan.

Jeriji krom yang dipadankan dengan logo Proton itu pada bampar depannya mampu membezakan identiti model Mitsubishi Lancer yang dihasilkan dengan kerjasama kepakaran Jepun.

Rupanya masih lagi tampak garang apabila mengekalkan ciri tegar serta sporty selain memenuhi keperluan keluarga yang mahukan kereta selesa dan berkualiti.

Kenderaan ini juga direka dengan bentuk aerodinamik membuatkannya lebih mempesonakan dan dipadankan rim aloi 16 inci.

Tanpa kit badan seperti varian 2.0 CVT, kenderaan ini masih tampak bergaya dengan perubahan rekaan yang dilakukan Proton terhadap model asalnya iaitu Mitsubishi Lancer. 

Pengendaliannya, jelas berbeza dan lebih baik apabila menerima suntikan teknologi Lotus dengan mempertingkatkan ciri pemanduan untuk mengekalkan kestabilan.

Teknologi itu juga memberi impak yang sangat mendalam pada jentera ini, sekali gus memberikan pengalaman memandu lebih menarik dan selesa.

Walaupun tampak tegap dan tinggi, ia tidak memberi masalah pada jentera ini ketika mengambil selekoh dan ternyata teknologi Lotus itu memudahkan mengawalnya.

Malah, prestasi enjinnya dengan gabungan transmisi CVT dan enjin 4B10 bersesaran 1.8 liter yang digunakan memberi kuasa mengagumkan untuk pemanduan dalam bandar atau meluncur laju ketika menyusuri lebuh raya.

Kombinasi kedua-dua itu turut mampu memberi lebih penjimatan dalam penggunaan bahan api.

Enjin dengan blok aluminium ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 138 kuasa kuda (hp) pada 6,000 rpm manakala 177 Nm pada 4,250 rpm bagi torknya.

Tahap kebisingan rendah dan penukaran gear yang lancar, membuatkan penulis berasa selesa walaupun kereta sedang bergerak pada kelajuan 110 kilometer sejam (km/j). 

Jika mahu menguji pecutannya sama ada untuk memotong kenderaan lain atau menaiki bukit, tombol gear sedia ditukar ke kedudukan manual yang membolehkan pemandu mengawal sendiri penukaran gear.

Pakej yang dipadankan menjadikan ia pilihan terbaik bagi pengguna yang mementingkan keselesaan serta penjimatan.

Harga yang ditawarkan pada Proton Inspira ini memang berbaloi dari 
RM 78,549.00


Gambar Proton Inspira :
MUDAH...stereng mudah dikendalikan apabila dipadankan dengan teknologi Lotus.
BERTENAGA...mampu capai 191 kilometer sejam (km/j).
LUAS...boleh memuatkan banyak barang.
Panel Meter yang menarik
BESAR...dipadankan rim 16 inci.


1 ulasan:

Cerita Sensasi Terkini ---> Terhangat dan sensasi!!!